Monday 23 July 2012

RAJA KAYU DAN KHASIATNYA

RAJA KAYU
CASSIA FISTULA

Raja Kayu adalah satu nama yang sering dikatakan oleh beberapa orang dan ianya sejak dahulu lagi sering juga dicari dan ingin dimiliki oleh individu yang percaya pada khasiat yang terkandung padanya.Terdapat dua jenis Raja Kayu iaitu Raja Kayu Merah dan Raja Kayu Putih.Yang sering menjadi kekeliruan umum ialah tentang raja kayu merah.Ada yang mengatakan Raja kayu yang sering terdapat ialah sebenarnya damar minyak dan bukan raja kayu yang sebenar,kerana menurut beberapa orang tua jika pohon raja kayu ada disatu tempat maka disekelilingnya tidak terdapat pokok yang lain kalau ada pun jarak diantara raja kayu dan pokok yang lain adalah jauh bahkan pokok yang terdapat disekelilingnya tunduk kepada pohon raja kayu itu
Kehebatan 'raja kayu' atau nama saintifiknya cassia fistula memang sudah terkenal di kalangan orang Melayu. Menurut orang tua-tua, 'raja kayu' adalah raja segala penawar atau ibu segala ubat.

Khasiat Raja Kayu
  • 'Raja kayu' dikatakan mujarab menyembuhkan penyakit asma, darah tinggi, gout, kencing manis, lelah, sengal-sengal, melancarkan perjalanan darah, sakit kulit, santau, penangkal ilmu hitam, pendinding, penunduk, pengasih serta penghalau binatang buas dan haiwan berbisa.
  • Dipercayai sesiapa yang dipukul dengan menggunakan 'raja kayu', (manusia atau haiwan) boleh menjadi gila sekiranya tidak diberikan penawar segera.
  • Air rebusan teras raja kayu putih dikatakan juga mampu melembutkan hati anak-anak yang degil dan nakal.
  • Penagih alkohol, rokok atau pesakit batuk berdarah juga dikatakan mampu menggunakan air rebusan raja kayu putih sebagai penawar.
  • Dahulu, 'raja kayu' sering digunakan sebagai hulu keris kerana dikatakan mampu memberi aura panas pada si pemakainya. Pahlawan Melayu akan mempunyai semangat yang kental dan berapi-api dalam pertarungannya.


Landasan Yang Kukuh..

Semua makhluk yg diciptakan Allah S.W.T ada peranan masing2 didalam alam ini.Tidak ada satu pun yang sia-sia penciptaannya oleh Allah,cuma ianya perlulah dikaji utk mengetahui kegunaan dan manfaatnya.

Sepertimana telah diciptakan garam, ianya dianugerahi sifat masin yg mana dapat digunakan utk menambah rasa didalam makanan, begitulah juga tujuan penciptaan batu,kayu,permata dll kejadian ,masing2 mempunyai manfaat tersendiri.
Penggunaan batu @ teras kayu hanyalah salah satu usaha @ ikhtiar utk mencapai tujuan masing-masing. Ianya sama seperti penggunaan ubat utk rawatan di hospital @ tradisional. Kita hanya ikhtiar dgn menggunakan kelebihan @ sifat yg ada pd ubat tersebut utk menghilangkan sakit, tetapi kuasa utk menyembuhkan adalah dlm kekuasaan Allah, jika Dia mahu nescaya sembuhlah dari sakit dan begitulah juga sebaliknya. Hakikatnya, sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah S.W.T jua.
Apa yg perlu diyakini adalah bahawa ia juga makhluk Allah yang mempunyai tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. WALLAAHU'ALAM..



























Monday 16 July 2012

BATU GELIGA BULUH
















BATU GELIGA AIR



 



 BATU GELIGAMASTIKA. 10.0 KARAT ASLI. 

BATU GELIGA EMBUN

GELIGA EMBUN

Geliga Embun ini khasiatnya lebih kepada bidang perubatan dan mengikut ceritanya orang lama-lama dahulu ada antara mereka yang memiliki geliga embun ini `menanam` geliga dalam tubuh..!! Untuk apa? Hanya Allah lebih mengetahui...Perlu disimpan didalam bekas yang mengandungi air zam-zam/air hujan.Memang tidak nampak sifatnya dengan mata kasar.Hanya dapat dilihat setelah ditapis dari tempat simpanan.
















Berbagai jenis Geliga Embun Asli






BATU GELIGA LIPAN

MENURUT CERITA

cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan.
Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.
Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi.
Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands.
Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui khadam yang menjaga geliga lipan tersebut.
Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus.
Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya.

Penawar bisa

Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini, ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39.
Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut.
Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki
Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.

Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya.
Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa.
GELIGA yang diambil daripada mulut lipan adalah yang paling berharga.
Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang, ujar Azman.

Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil ini kerana kepantasan dan bisanya.
Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya.
Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.
Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.
Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.
Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.
Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.
Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga, jelasnya.

Dijual mahal
Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.
Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.
Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli.
Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan, kata Azman sambil menambah, warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning.
Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.

Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.













Batu geliga biasanya dikaitkan dengan haiwan seperti geliga LIPAN,...



 Ini adalah Geliga Lipan Asli untuk dimaharkan yang berwarna Merah 






BATU GELIGA ULAR

BATU PURNAMA GELIGA ULAR ATAU SELAR  

Mengenai geliga ular ini saya sendiri ada kekeliruan tentangnya. Apakah yang dikatakan batu ular, geliga ular atau buntat ular.Menurut maklumat yang saya terima yang dikatakan geliga ular yang sebenarnya ialah bentuknya leper saja bukan bulat atau lonjong dan diperolehi dari atas kepala ular bukan dari mulut ular. Mungkin yang dikatakan batu ular adalah apa yang didapati dari dalam sarang atau lubang ular,kerana menurut pendapat setengah orang kalau lubang kediaman ular itu kita gali dan cari kita akan bertemu dengan batu ular.Serta cerita lain yang mengatakan mereka mendapat geliga ular apabila terdapat 2 ekor ular sedang bergaduh merebut geliga.Ini sendiri diakui oleh teman saya yang mendapat batu ular dengan cara tersebut.
Anak saya pernah nak diberikan geliga ular ini,tetapi malang sekali beliau tak ambil.!! ular itu mengangga dan dalam mulut nya ada geliga, yang warna nya, kata beliau warna biru gelap.Beliau sebenar nya takut kat ular !!Ular nya berwarna coklat kehitaman.Kejadian ini berlaku di Pantai…..kali ke 2, ular nya, warna yang sama, tetapi geliga nya di kepala, berwarna putih. kejadian ini berlaku di Gunung ….Almarhum guru saya ada geliga ular ini , warnanya putih bercampur coklat. Beliau mengata kan khasiat geliga ini untuk penawar racun, semua jenis racun. 










CINCIN BATU PURNAMA. ATAU GELIGA ULAR


GELIGA ULAR TEDUNG SELAR (SOLD)



GELIGA ULAR PADA WAKTU SIANG



Batu geliga ular akan bercahaya ketika malam



 CINCIN BATUPENAWAR PURNAMA GELIGA 





BATU BERLIAN










Berlian 507 karat, yang harganya ditaksir mencapai 20 juta 



Konon batu ini warnanya akan berubah jadi gelap