Monday 23 July 2012

RAJA KAYU DAN KHASIATNYA

RAJA KAYU
CASSIA FISTULA

Raja Kayu adalah satu nama yang sering dikatakan oleh beberapa orang dan ianya sejak dahulu lagi sering juga dicari dan ingin dimiliki oleh individu yang percaya pada khasiat yang terkandung padanya.Terdapat dua jenis Raja Kayu iaitu Raja Kayu Merah dan Raja Kayu Putih.Yang sering menjadi kekeliruan umum ialah tentang raja kayu merah.Ada yang mengatakan Raja kayu yang sering terdapat ialah sebenarnya damar minyak dan bukan raja kayu yang sebenar,kerana menurut beberapa orang tua jika pohon raja kayu ada disatu tempat maka disekelilingnya tidak terdapat pokok yang lain kalau ada pun jarak diantara raja kayu dan pokok yang lain adalah jauh bahkan pokok yang terdapat disekelilingnya tunduk kepada pohon raja kayu itu
Kehebatan 'raja kayu' atau nama saintifiknya cassia fistula memang sudah terkenal di kalangan orang Melayu. Menurut orang tua-tua, 'raja kayu' adalah raja segala penawar atau ibu segala ubat.

Khasiat Raja Kayu
  • 'Raja kayu' dikatakan mujarab menyembuhkan penyakit asma, darah tinggi, gout, kencing manis, lelah, sengal-sengal, melancarkan perjalanan darah, sakit kulit, santau, penangkal ilmu hitam, pendinding, penunduk, pengasih serta penghalau binatang buas dan haiwan berbisa.
  • Dipercayai sesiapa yang dipukul dengan menggunakan 'raja kayu', (manusia atau haiwan) boleh menjadi gila sekiranya tidak diberikan penawar segera.
  • Air rebusan teras raja kayu putih dikatakan juga mampu melembutkan hati anak-anak yang degil dan nakal.
  • Penagih alkohol, rokok atau pesakit batuk berdarah juga dikatakan mampu menggunakan air rebusan raja kayu putih sebagai penawar.
  • Dahulu, 'raja kayu' sering digunakan sebagai hulu keris kerana dikatakan mampu memberi aura panas pada si pemakainya. Pahlawan Melayu akan mempunyai semangat yang kental dan berapi-api dalam pertarungannya.


Landasan Yang Kukuh..

Semua makhluk yg diciptakan Allah S.W.T ada peranan masing2 didalam alam ini.Tidak ada satu pun yang sia-sia penciptaannya oleh Allah,cuma ianya perlulah dikaji utk mengetahui kegunaan dan manfaatnya.

Sepertimana telah diciptakan garam, ianya dianugerahi sifat masin yg mana dapat digunakan utk menambah rasa didalam makanan, begitulah juga tujuan penciptaan batu,kayu,permata dll kejadian ,masing2 mempunyai manfaat tersendiri.
Penggunaan batu @ teras kayu hanyalah salah satu usaha @ ikhtiar utk mencapai tujuan masing-masing. Ianya sama seperti penggunaan ubat utk rawatan di hospital @ tradisional. Kita hanya ikhtiar dgn menggunakan kelebihan @ sifat yg ada pd ubat tersebut utk menghilangkan sakit, tetapi kuasa utk menyembuhkan adalah dlm kekuasaan Allah, jika Dia mahu nescaya sembuhlah dari sakit dan begitulah juga sebaliknya. Hakikatnya, sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah S.W.T jua.
Apa yg perlu diyakini adalah bahawa ia juga makhluk Allah yang mempunyai tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. WALLAAHU'ALAM..



























No comments:

Post a Comment