Pelik juga saya macam mana batu delima boleh hadir dalam proses tarik serai bunga,tetapi bukan pula mustahil jika diizinkan Allah.Saudara betul mengatakan batu delima ada bermacam macam jenis dan bermacam macam bentuk penemuan,tetapi kenal ke kita dengan batu delima? Apakah jika batu itu merah kita beranggapan ianya batu delima.
Fancy sapphire juga ada yang berwarna merah dan ada beberapa jenis batu lain juga yang berwarna merah.Kalau setakat mata kasar dan bukan ahli permata sukar nak bezakan kerana saya sendiri keliru dan terpaksa rujuk pada yang ahli.Cuma ada masanya kita yakin pada seseorang itu apabila dikatakan ini batu delima kerana kita tahu dia seorang yang ahli dan veteran dalam bidang ini.sebenarnya pelbagai cara untuk mengetahui ada atau tidak khadamnya atau ada power atau tak batu itu.Salah satu yang mudah ialah dengan memegang batu itu tersebut mengunakan ibu jari dan cari telunjuk,jangan dipegang kuat sangat sekadar pegang sahaja dan tahan nafas dan bertenang,jika terasa sesuatu getaran kecil atau satu aliran arus maka kemungkinan besar ada powernya.
Cara kedua dengan mengengamnya ditapak tangan secara lembut dan jika terasa semacam arus elektrik dan naik bulu roma maka ada powernya.Ada juga cara ketiga seperti meditasi iaitu duduk secara orang meditasi sambil mengengam batu tersebut dan tumpukan fikiran pada batu tersebut,jika ada power atau khadam saudara akan terasa akannya.Ada juga orang kata bawa bersama tidor dan jika ada rezeki saudara maka ia akan berkomunikasi dengan saudara.Cara yang disebut tadi adalah cara yang mudah diikuti kalau hendak lebih pasti carilah orang yang arif tentang pekara ini yang mungkin boleh berkomunikasi dengan khadam jika batu tersebut ada khadamnya.Masyarakat kita ini kaya dengan pengetahuan batin cuma kita tak kenal atau tak jumpa lagi.
Cara yang saya sebutkan tadi memerlukan latihan dan kekerapan untuk melakukannya,kalau betul caranya maka akan diketahui ada khadam/power atau tidak.Jika ada pengunjung blog ini yang tahu cara yang lain harap dapat berkongsi bersama saya dan mereka yang berminat ingin mengetahuinya.
Koleksi Teras Kayu dan Batu: Permata Delima Merah Asli Mozambique
DELIMA BUAH ASLI
DELIMA BURMA ASLI
DELIMA ASLI
BATU DELIMA BUAH ASLI
DELIMA BURMA ASLI
BATU DELIMA DARI BUAH ASLI - DARI ALAM GHAIB
Batu delima dipercayai kebal umum dan di cari untuk tujuan sesuatu
Cincin Batu Delima Asli
DELIMA BURMA
CINCIN BATU DELIMA DARI BAWAH POKOK KEDUDUK Melalui Alam ....
Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang ...
DELIMA HIJAU ASLI
BATU PERMATA DELIMAMOZAMBI ASLI
BATU DELIMA HIJAU INI BERASAL DARI AUSTRALIA
BATU. DELIMA BIMA SAKTI SIAMESE RUBY. ASLI
delima ada keindahan ke?
ReplyDeleteseperti air bertukar warna