MENURUT CERITA
cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu
geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan.
Mempunyai keupayaan tembus pandang,
sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang
terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.
Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup
mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi.
Malah ramai juga percaya mereka bakal
mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting
Highlands.
Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus
pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui
khadam yang menjaga geliga lipan tersebut.
Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di
telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya
secara terus.
Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu
taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya
hanya kerana mahu cepat kaya.
Penawar bisa
Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib
sebagai khadam kepada geliga ini, ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman
Abdul Aziz, 39.
Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub
dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor
raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual
khusus untuk tujuan tersebut.
Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan
bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah
seperti murah rezeki
Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga
tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.
Cara ini digunakan individu untuk menarik
duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar
mendapatkannya.
Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai
berguna sebagai penawar bisa.
GELIGA yang diambil daripada mulut lipan
adalah yang paling berharga.
Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa
tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada
bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang, ujar Azman.
Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa
yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut sehingga naga pun turut
takut akan serangga kecil ini kerana kepantasan dan bisanya.
Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang
terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di
antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang
terdapat di dalam mulutnya.
Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di
dalam gelap.
Geliga yang berada di dalam mulut lipan
biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.
Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan
kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.
Jika pengambilan secara paksa, geliga
tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.
Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas
perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah
untuk menyambut geliga tersebut.
Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat
raja lipan ke dalam geliga, jelasnya.
Dijual mahal
Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu
mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.
Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia
hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.
Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas
menunjukkan ia geliga asli.
Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah
apabila terasa lipan merayap di tangan, kata Azman sambil menambah, warna
paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru,
hijau dan kuning.
Menurut beliau lagi, harga geliga ini
sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.
Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.
Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.
Batu geliga biasanya dikaitkan dengan haiwan seperti geliga LIPAN,...
Ini adalah Geliga Lipan Asli untuk dimaharkan yang berwarna Merah
saya ada geliga lipan bole call saya 0163629241
ReplyDelete